Pages

Rabu, 8 Jun 2011

Jika anda perlukan bantuan & tinggal di daerah KINTA , hubungi pejabat rakan muda daerah KINTA

Tingkat 2, Kompleks Belia Dan Sukan Perak, Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh Perak
Tel : 05-549 5853 Fax : 05-546 0735

LOGO-LOGO RAKAN MUDA



ANTARA HURAIAN LOGO RAKAN MUDA :

  1. Rakan Sukan
    Peserta boleh memilih permainan padang, gelanggang, olahraga, sukan air, atau bina badan bergantung kepada minat masng-masing. Ianya boleh dilakukan secara bersendirian atau berpasukan. Penyertaan ini dapat menggalakkan amalan cara hidup sihat serta mewujudkan rakyat yang bersatu padu.

  2. Rakan Waja Diri
    Peserta boleh mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando, karate-do, wushu, judo, silambam, kalari payat dan aikido. Selain untuk mengisi masa lapang dengan bergiat cergas dan mempelbagaikan kemahiran ia juga dapat mempertingkatkan daya ketahanan diri dan kawalan emosi.

  3. Rakan Cinta Alam
    Aktiviti peserta meliputi pengkajian perkembangan bandar dan desa, tempat bersejarah dan menghargai keindahan alam semulajadi. Ianya dapat meningkatkan kesedaran tentang Pentingnya menjaga dan mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar.

  4. Rakan Seni Budaya
    Menyerlahkan bakat golongan remaja dengan menceburi Rakan Seni Budaya. Selain memberi pendedahan kepada peserta tentang seni dan budaya. Mempertingkatkan pemikiran tentang pentingnya menghargai nilai budaya kita agar ia dapat terus diwarisi.

  5. Rakan Reka Cipta
    Mendedahkan minda kepada inovasi dan penemuan baru dalam pelbagai bidang teknologi dan kemahiran supaya dapat melahirkan generasi berdaya cipta dan berdya saing selaras dengan pembangunan Negara.

  6. Rakan Wirausaha dan Wiramahir
    Impian anda untuk mengurus dan menceburi kerjaya dalam bidang perniagaan atau pengurusan diri. Pendedahan kepada khidmat nasihat, motivasi dan pusat sumber membolehkan remaja menimba ilmu yang bermanfaat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih berjaya.

  7. Rakan Kecergasan
    Aktiviti yang dijalankan merangkumi larian, senamrobik, ujian kecergasan, gim rakyat dan kegiatan aerobik. Ini membolehkan remaja mempertingkatkan prestasi dan daya ketahanan disamping mendapat kepuasan daripada bidang yang diceburi.

  8. Rakan Masyarakat
    Peserta dilatih dari segi kepimpinan, bina semangat, paramedik, khidmat nasihat, kerja sosial, kejiranan, gotong-royong, balik kampung dan program mentor. Penerapan nilai murni akan memantapkan lagi para peserta dalam usaha membangunkan masyarakat dan negara.

  9. Rakan Rekreasi
    Anda boleh meneroka alam angkasa, merentasi samudera atau menyelami dasar lautan, menyaksikan keindahan karangan laut atau mempelajari permainan gasing tradisional, berkhemah, meredah hutan belantara.

Selasa, 7 Jun 2011

Pengenalan Rakan Muda

Program Rakan Muda telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Oktober 1994 dengan misi terasnya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara.
Cabaran pencapaian misi ini ialah membentuk generasi muda yang lengkap dengan gugusan nilai-nilai murni, berfikiran positif, menguasai ilmu dan kemahiran bagi menempuh kemajuan peradaban yang akan datang. Progam Rakan Muda yang dizahirkan melalui "Sembilan Gaya Hidup" mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal.

Kod Amalan Rakan Muda adalah seperti berikut :
  1. Penganjur yang menggunakan Logo Rakan Muda adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program
  2. Memberi keutamaan kepada anak muda yang berdaftar diri di bawah gaya hidup rakan muda
  3. Menganjurkan program yang mempunyai cirri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyburan budaya ilmu dan penerapan akhlak yang baik.
  4. Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.
  5. Memelihara batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang
  6. Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan Negara.
  7. Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program
  8. Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program rakan muda.
  9. Pengajur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua peserta tanpa batas Agama, Bangsa dan Ekonomi.
  10. Memberi khidmat terbaik kepad peserta setiap masa.
Wawasan Rakan Muda
Bagi mencapai WAWASAN NEGARA dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (MAKA KAMI) generasi muda peserta Program Rakan Muda akan sentiasa mematuhi prinsip berikut:-
  • Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara
  • Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia
  • Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan
  • Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang
  • Meningkatkan ilmu dan kemahiran di perlbagai program yang disertai
  • Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangatn

Program Kelab Rakan Muda

1. Fasa Pengenalan
  • Bermula : 29.10.1994 berakhir 31.12.1996
  • Memberi kesedaran dan minat kepada generasi muda mengenai peluang pelbagai aktiviti Sembilan Gaya Hidup.

2. Fasa Pembangunan
  • Bermula : 01.01.1995 berakhir 31.12.1996
  • Menumpukan kepada pengisian program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta sistem perlaksanaan yang lebih berkesan dan memberi tumpuan kepada menangani isu sosial remaja.



3. Fasa Pemantapan
  • Bermula : 01.01.1997 berakhir 31.12.2000
  • Perlaksanaan program ini disusun semula di mana ia difokuskan mengikut sektor bagi meningkatkan liputan perlaksanaan dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup. Memberi peluang yang lebih kepada pengelibatan masyarakat terhadap program ini.

4. Fasa Pengembangan
  • Bermula : 01.01.2001 berakhir 31.12.2005
  • Mengembangkan program ini supaya menjadi sebuah institusi sosial yang penting dan diiktiraf mmasyarakat dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap di seluruh Negara. Program Pada fasa ini akan dilaksanakan besesuaian dengan kehendak generasi muda semasa disamping program bercorak pengambangan di dalam pelbagai bidang baru selaras dengan pembangunan Negara.
Aktiviti Program
Aktiviti yang dijalankan berbentuk aktiviti dalaman atau luaran. Aktiviti ini berbentuk aktiviti yang dapat memenuhi dan menceriakan golongan muda di masa lapang. Ianya disusun supaya seimbang dengan pembangunan rohani dan jasmani, supaya dapat membentuk sikap dan nilai serta perubahan minda, pandangan tentang hidup dan semangat.
Bagi menjamin perlaksanaan program ini selaras dengan kehendak dan tujuan ianya dijalankan. Kementerian Belia dan Sukan telah mewujudkan Kod Amalan Program Rakan Muda. Kod Amalan didefinisikan seperti berikut :


“ Prinsip-prinsip pelaksanaan meliputi syarat, rekabentuk dan peraturan-peraturan ke arah menghasilkan program yang tepat dan berkualiti selaras dengan matlamat Program Rakan Muda”


Empat aspek penting dijadikan asas Kod Amalan ini iaitu :
  1. Peranan dan tanggungjawab pelaksana, pengajur dan pembawa program
  2. Kesempurnaan perlaksanaan dan kualiti hasil
  3. Penglahiran potensi tertinggi generasi muda
  4. Pematuhan kepada prinsip Rukun Negara
Antara Gambar-gambar aktiviti Rakan Muda




Pengikut