Pages

Rabu, 8 Jun 2011

LOGO-LOGO RAKAN MUDA



ANTARA HURAIAN LOGO RAKAN MUDA :

  1. Rakan Sukan
    Peserta boleh memilih permainan padang, gelanggang, olahraga, sukan air, atau bina badan bergantung kepada minat masng-masing. Ianya boleh dilakukan secara bersendirian atau berpasukan. Penyertaan ini dapat menggalakkan amalan cara hidup sihat serta mewujudkan rakyat yang bersatu padu.

  2. Rakan Waja Diri
    Peserta boleh mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando, karate-do, wushu, judo, silambam, kalari payat dan aikido. Selain untuk mengisi masa lapang dengan bergiat cergas dan mempelbagaikan kemahiran ia juga dapat mempertingkatkan daya ketahanan diri dan kawalan emosi.

  3. Rakan Cinta Alam
    Aktiviti peserta meliputi pengkajian perkembangan bandar dan desa, tempat bersejarah dan menghargai keindahan alam semulajadi. Ianya dapat meningkatkan kesedaran tentang Pentingnya menjaga dan mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar.

  4. Rakan Seni Budaya
    Menyerlahkan bakat golongan remaja dengan menceburi Rakan Seni Budaya. Selain memberi pendedahan kepada peserta tentang seni dan budaya. Mempertingkatkan pemikiran tentang pentingnya menghargai nilai budaya kita agar ia dapat terus diwarisi.

  5. Rakan Reka Cipta
    Mendedahkan minda kepada inovasi dan penemuan baru dalam pelbagai bidang teknologi dan kemahiran supaya dapat melahirkan generasi berdaya cipta dan berdya saing selaras dengan pembangunan Negara.

  6. Rakan Wirausaha dan Wiramahir
    Impian anda untuk mengurus dan menceburi kerjaya dalam bidang perniagaan atau pengurusan diri. Pendedahan kepada khidmat nasihat, motivasi dan pusat sumber membolehkan remaja menimba ilmu yang bermanfaat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih berjaya.

  7. Rakan Kecergasan
    Aktiviti yang dijalankan merangkumi larian, senamrobik, ujian kecergasan, gim rakyat dan kegiatan aerobik. Ini membolehkan remaja mempertingkatkan prestasi dan daya ketahanan disamping mendapat kepuasan daripada bidang yang diceburi.

  8. Rakan Masyarakat
    Peserta dilatih dari segi kepimpinan, bina semangat, paramedik, khidmat nasihat, kerja sosial, kejiranan, gotong-royong, balik kampung dan program mentor. Penerapan nilai murni akan memantapkan lagi para peserta dalam usaha membangunkan masyarakat dan negara.

  9. Rakan Rekreasi
    Anda boleh meneroka alam angkasa, merentasi samudera atau menyelami dasar lautan, menyaksikan keindahan karangan laut atau mempelajari permainan gasing tradisional, berkhemah, meredah hutan belantara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut